Tuesday, 8 May 2012

Mukadimah

MUKADIMAH

Robotic & Engineering

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. 

Ini kali pertama aku menjadi blogger dan aku masih mentah dalam aktiviti blogging ni. Suam-suam kuku pun tak lagi. Buat masa ni, aku sangat mengharapkan dorongan dari para blogger untuk membantu,mengajar,menasihat aku untuk improve blog aku. Aku sangat2 menghargainya.

Apa kaitan robotic & engineering dalam hidup aku? haha..dua2 memang hidup aku. dari sekolah rendah aku dah pasang cita-cita nak buat robot. Aku ingat lagi member aku kata dulu, 
" sesapa yang nak buat robot kena jadi SAINTIS "
 Aku pun terus letak cita-cita aku dalam buku laporan nak jadi Saintis. Sampai besar aku pendam cita-cita aku ni. Memang rezeki Allah, akhirnya aku dapat masuk kos kejuruteraan mekatronik kat UniMAP. Masa mula-mula masuk aku pun tak tau kos ni lebih kepada robotic & automation sebab background family aku xde yang mengaji tinggi2 dalam bidang engineering. Jadi, kat sini la kisah aku, robotic & engineering bermula.
Robot ikan hasil kajian Saintis UK
So, kepada sesapa yang baru nak bergelar sebagai student U, jom ramai2 ambik kos mekatronik. Best..haha..Apa yang best sangat dengan robotic ni? bagi aku, aku suka sebab kita boleh reka macam2 benda dan fungsi yang berbeza hanya menggunakan hardware yang sama. Cuma ubah programming. Tapi nak reka pun bukan senang de. Nak jana idea pun susah. Jenuh perah. 


Apa-apa pun gud luck & all the best untuk para blogger, engineer yang akan berjuang untuk hidup masing2. Ingat, kuatkan semangat, tabahkan hati..